SERI HARUM

Setelah beroperasi sejak 1995, dengan bermula di tingkat satu, Jalan Sri Damak 22, Taman Andalas, Klang, kini SERI HARUM telah berusia belasan tahun. Setiap perusahaan kecil yang baru, lima tahun pertama merupakan penentu sama ada perniagaannya mampu bertahan atau tidak. Bagi SERI HARUM, Alhmadulillah zaman itu telah dapat dilepasi. Malahan perkhidmatan yang kami tawarkan diterima baik oleh semua kaum. Perkhidmatan kami juga ternyata berkesan sehinggakan pelanggan yang telah sembuh akan membawa pelanggan baru, kawan dan kenalan.