TERAPI MANDI WAP HERBA

TERAPI MANDI WAP HERBA TRADISIONAL

Mandi wap adalah terapi tradisional yang telah diamalkan oleh masyarakat kita. Mandi wap telah dijadikan sebagai penyembuh penyakit dan menjaga kesihatan. Mengandungi rebusan daun herba yang dapat menyegarkan badan yang lemah dan baik untuk ibu yang baru bersalin. Menurut Dr Tajudding Baba (Hom) menerusi kajian beliau, mandi wap sememangnya baik dan akan memberi kesan positif terhadap kesihatan tubuh badan.

EVOLUSI MANDI WAP HERBA

Terapi mandi wap zaman silam ada yang menggunakan selimut untuk membaluti badan dengan rebusan air diletakkan di bawah tempat duduk. Kini ada pula yang membuat bekas yang boleh duduk di dalamnya dengan kepala dikeluarkan. Rebusan air diletakkan di bahagian bawah bagi membolehkan wap herba disalirkan ke dalam bekas untuk memanaskan badan.


WAP HERBA SRI HARUM

Mandi wap herba SERI HARUM Taman Sri Andalas Klang adalah terapi tradisional yang telah dimodenkan. Kami mengkaji pelbagai jenis herba dan aplikasinya terhadap sistem tubuh badan manusia. Kami telah mendapat pendedahan tentang manjakani, akar tahi angin, serapat sekecut, ibu kunyit dan sebagainya. Para ilmuan juga telah memberi petunjuk bahawa yang memberikan khasiat kesihatan daripada herba ini ialah active compoundnya. Bagi mendapatkan khasiat yang maksimum daripada herba, cara yang terbaik ialah dengan menggunakan kaedah water-based extraction. Justeru, SERI HARUM telah menggunakan cara yang sama bagi mandapat kandungan khasiat herba yang optimum menerusi penjanaan wap yang dihasilkan dari kukusan herba dan seterusnya disalirkan ke dalam bilik-bilik wap, bukan sahaja untuk memanaskan badan malahan untuk mengaktifkan seluruh organ. Kompaun daripada herba ini boleh mencairkan darah, melembutkan saluran darah, melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah.

KESAN MANDI WAP HERBA SERI HARUM

Sebelum menggunakan ubat-ubatan mahupun herba, ianya perlu melalui clinical test. Sesuatu clinical test memakan masa sehingga bertahun lamanya. Kami di SERI HARUM, sepanjang operasi kami semenjak 1995 telah membuat kajian terhadap masalah kesihatan yang dihadapi pelanggan. Hasilnya, mandi wap herba SERI HARUM dikatakan boleh mengubati:

- Resdung
- Migrain
- Bisa-bisa badan
- Lenguh-lenguh sendi
- Artritis
- Gout
- Angin ahmar
- Tekanan darah tinggi
- Chollesteral
- Atheroclorosis
- Kencing manis
- Eczima
- Thoriesis
- Dengkur
- Lelah
- Buasir

(Melalui pengalaman, kami boleh menerangkan bagaimana mandi wap herba SERI HARUM bleh menyembuhkan penyakit di atas.)